Please Visit Our Nuffnang Ads and Join It...

Wednesday, June 23, 2010

Kasih Sayang


Menyusuri Sejarah kejayaan Dato' Siti Norhalisa....semenjak 11 tahun yang lalu.....



Syabbas dan Tahniah...Dari Seorang Penyanyi Amatur menja Penyanyi Professional...kini .. Usahawanita Antarabangsa.... SimplyCity....



Tuesday, June 22, 2010

Apa dah Jadi Dengan Perempuan Sekarang??. Murah?

(ANGGOTA polis membawa mayat pelajar ditemui mati di sebuah resot di PCB, Kota Bharu selepas dipercayai mengalami pendarahan serius.Mangsa ponteng sekolah dipercayai alami keguguran)

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Lima yang ponteng sekolah, ditemui mati dalam sebuah resort dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini pagi semalam, dipercayai akibat pendarahan teruk kerana keguguran.

Mangsa, pelajar sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja resort terbabit kira-kira jam 9 pagi.


(Dipetik dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarTingkatanLimamautakibatpendarahan/ArticleTingkatanLimamautakibatpendarahan/Article


Terlalu murah...!!!!. Kerana Cinta... maruah digadaikan. Si perempuan tentunya sudah tahu jika melakukan hubungan sex, mereka akan mengandung. Tetapi kerasa ghairah dengan omongan 'sedap' itu maka dengan rela menyerahkan dara kepada lelaki. ada perempuan yang memang sengaja cari jantan untuk melunaskan 'giannya'. Bila dah macam ni lelaki pula di salahkan. Kalau perempuan tak bagi, tak kan lelaki dapat (kecuali rogol).


Kes mengikut teman lelaki, merayau malam, jumpa jantan baru, ikut tidur rumah jantan semuanya menjadi amalan perempuan sekarang. Dia tahu jika dia pergi tidur di rumah jantan, maka dia di kira 'gatal' dan nak di belai jantan. Dabn dia tahu dia akan bersetubuh, tetapi dia tetap lakukan sebab DIA MAHU. Perempuan yang mahu.... Maka...bila dah buat, inilah akibatnya....

Perempuan murahan....??????

Inilah yang terjadi akhirnya...... Apakah dengan begittu banyak berita untuk pengajaran, kempen yang dijalankan pihak berwajib, kelas agama dan bimbingan ia masih tidak mampu membendung remaja perempuan berpeleseran di komplek beli belah hingga larut malam...?

Apakah yang perempuan-perempuan ini mahukan apabila sanggup berpeleseran, mengikut lelaki yang baru dikenali kema na saja..hingga kebilik hotel atau bilik tidur...?

Mereka mahu apa?????

Jika mereka mahu duit, ia silap. Bukan jantan yang diikut itu banyak duit pun...

Jika ikut sugar daddy dah tenttu nak dui...Ini cuma ikut jantan yang sama standard dengan dia... Nak apa???. Dengan niat nak memuaskan nafsu saja????. Lantas... PEREMPUAN YANG CARI JANTAN RUPANYA...


(Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi. ) - satu contoh.

Ini lagi satu contoh :





Di kala ini, orang perempuan sedang menuntut persamaan taraf dengan lelaki. Semuanya sama. Kebebasan pun sama.....yang hancur...perempuan juga....


Ini yang perempuan dapat tunjukkan pada dunia...!!!!!




















Sunday, June 20, 2010

Hati Bapa...Hari Bapa.. 20 Jun 2010

"Ya Tuhan, aku bersyukur kepadaMu ya tuhan kerna Engkau telah kurniakan padaku zuriatku. Ku pohon, ku berharap agar Putera ku ini, dan Puteriku ini kan menjadi sandaran hidupku nanti. amin ya Tuhan, Engkau jadikanlah Putera Puteriku ini anak yang beriman dan berbakti. Aku idak pohonkan segala wang ringgitnya, cuma ku damba kasih dan sayang mereka ketika ku memerlukan. amin ".

KUALA LUMPUR: Ketika orang lain bergembira bersama keluarga menerima pelbagai hadiah daripada anak kandung sempena Hari Bapa hari ini, beberapa individu sekadar merenungi nasib malang disisih darah daging sendiri. (foto dan berita dari http://www.hmetro.com.my/ )

Tatkala menyambut hari bapa ini, ku tersentuh hati. Betapa hidup seorang bapa, mungkin beribu-ribu lagi yang tidak dipaparkan, mengeluh dan merintih. anak yang dikendong ibu dalam kandungan, zuriat yang sah, ditatang seperti minyak yang penuh, dijaga, dirawat, disuapkan makan, diajar bertataih dan berkata-kata, tetiba menjadi haiwan yang amat durjana.


Sewaku kecil, inilah anak yang dibelai dan disayang, dilayan dan diberikan susu, dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Bila dewasa, bukan saja durjana, malah menjadi pelesit, pelesit yang layak dihumban keneraka. Mungkin iu yang terdetik dalam hati seorang bapa.



Apakah salah seorang bapa yang telah berkorban segalanya, ibu juga mendapat bahana. Malu, bukan lah maruah yang dapat diukar ganti, siksa dan derita punyai anak begini.

Kemanakah arah anak ini. Bahagia?. Sengsara?. Dimanakah tempatnya selayak untuknya?. Terpulanglah kepada sumpah dan doa seorang bapa. Mungkinkah kita juga akan diperlakukan sama sepertinya?. anak ini juga, jika panjang umurnya, akan menjadi bapa. Apakah suatu hari nani dia juga akan diperlakukan perkara yang sama oleh anaknya???

Sempena hari bapa, diucapkan SELAMAT HARI BAPA. Qadha dan Qadar tuhan boleh diubah melalui doa. Berikhtiar dan berdoa unuk kesejahteraan kita bersama.



Thursday, June 17, 2010

Tanggal 17 Jun 2010, 5.39 am


Selewat begini aku masih belum melelapkan mata walaupun sejenak. Pedih dan perit terasa di kelopak mata. Namun, ku gagahi jua untuk mencipta blog ini. Blog yang entah ke berapa, mungkin blog ini akan kekal menjadi pentas untuk ku mencatat segala peristiwa. Yang manis, yang pahit, yang sedih dan duka, juga yang menjadikan aku senyum dan ketawa.



Aku tahu juga bahawa kalian yang melawat blog ku mungkin tidak menyukainya. Namun, ku mengharap tatapan mata kalian pada bait-bait ku ini. Mungkin ada yang menarik, ada yang tersentuh dan ada juga yang terasa. Salam persahabatan untuk semua.






Jika bait-baitku ini menarik, ku pelawa jua mu teman agar menjadi rakan karibku di sini. Jika ada kamu yang tersentuh, maka ku pohonkan kemaafan. Jika sentuhan itu menjadikan kamu kembali menjadi insan, maka ku halalkan segala itu untuk kita kongsi bersama rakan dan taulan. Jika ada yang terasa, jika manis, jika pahit ianya adalah lumrah kita sebagai manusia.

Aku bukanlah seorang insan yang punya keistimewaan. Cuma, hadir di sini untuk meluahkan tentang kehidupan. Kehidupanku. dan jua kehidupan manusia. semuanya dari sudut pandangku. Jika aku melakukan kesilapan, maaf dipohonkan. Jika aku tersilap membuat garapan, pohon ditegurkan. Lumrah. Kita sesama kita tentu ada keinginan membetulkan kesilapan. Pohon padamu teman.

Blog ini tidak seindah yang teman harapkan. Bahasaku juga mungkin tidak digemari kebanyakan orang. Namun, yang suka, kupersilakan. Persilakan rakan-rakan untuk mengirim komen dan karya atau luahan rasa untuk dikongsi bersama. Akan ku muatkan karya teman-teman di sini. Ku pohon berhenti sementara berjumpa lagi kerana azan subuh sudah berkumandang... Nanti kita berjumpa lagi.....Salam hormat dariku...Jadilah temanku....