Please Visit Our Nuffnang Ads and Join It...

Sunday, June 20, 2010

Hati Bapa...Hari Bapa.. 20 Jun 2010

"Ya Tuhan, aku bersyukur kepadaMu ya tuhan kerna Engkau telah kurniakan padaku zuriatku. Ku pohon, ku berharap agar Putera ku ini, dan Puteriku ini kan menjadi sandaran hidupku nanti. amin ya Tuhan, Engkau jadikanlah Putera Puteriku ini anak yang beriman dan berbakti. Aku idak pohonkan segala wang ringgitnya, cuma ku damba kasih dan sayang mereka ketika ku memerlukan. amin ".

KUALA LUMPUR: Ketika orang lain bergembira bersama keluarga menerima pelbagai hadiah daripada anak kandung sempena Hari Bapa hari ini, beberapa individu sekadar merenungi nasib malang disisih darah daging sendiri. (foto dan berita dari http://www.hmetro.com.my/ )

Tatkala menyambut hari bapa ini, ku tersentuh hati. Betapa hidup seorang bapa, mungkin beribu-ribu lagi yang tidak dipaparkan, mengeluh dan merintih. anak yang dikendong ibu dalam kandungan, zuriat yang sah, ditatang seperti minyak yang penuh, dijaga, dirawat, disuapkan makan, diajar bertataih dan berkata-kata, tetiba menjadi haiwan yang amat durjana.


Sewaku kecil, inilah anak yang dibelai dan disayang, dilayan dan diberikan susu, dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Bila dewasa, bukan saja durjana, malah menjadi pelesit, pelesit yang layak dihumban keneraka. Mungkin iu yang terdetik dalam hati seorang bapa.



Apakah salah seorang bapa yang telah berkorban segalanya, ibu juga mendapat bahana. Malu, bukan lah maruah yang dapat diukar ganti, siksa dan derita punyai anak begini.

Kemanakah arah anak ini. Bahagia?. Sengsara?. Dimanakah tempatnya selayak untuknya?. Terpulanglah kepada sumpah dan doa seorang bapa. Mungkinkah kita juga akan diperlakukan sama sepertinya?. anak ini juga, jika panjang umurnya, akan menjadi bapa. Apakah suatu hari nani dia juga akan diperlakukan perkara yang sama oleh anaknya???

Sempena hari bapa, diucapkan SELAMAT HARI BAPA. Qadha dan Qadar tuhan boleh diubah melalui doa. Berikhtiar dan berdoa unuk kesejahteraan kita bersama.



No comments:

Post a Comment